PANTUN
Hitam-hitam si tampuk manggis,
Sayang kemuning gugur bunganya,
Sungguhpun hitam dipandang manis,
Yang putih kuning tambah serinya.
Hitam-hitamlah hitam buah kelubung,
Jangan dimakan sebarang orang,
Sungguhpun hitam hidungnya mancung,
Ibarat puteri dari kayangan.
SELOKA EMAK SI RANDANG
Baik budi emak Si Randang
Dagang lalu dia tanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku dia letakkan
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak berhutang
Beras habis padi tak jadi
GURINDAM PELIHARA LIDAH
Jika
kamu banyak berkata
Di situ banyak
membuat dusta
Jika kamu banyak
bercakap
Tanda fikiran
kuranglah lengkap
Jika kamu banyak
berkata
Kejahilan kamu
terang dan nyata
Jika kamu banyak
bercakap
Kekurangan kamu
mudah tersingkap
SYAIR PESAN ORANG TUA-TUA
(Nada
Siti Zubaidah)
Kalau
dilihat memang tak nampak
Syurgalah
kamu di bawah tapak
Kalau
tak dengar cakap mak bapak
Di
kaki lima badan tercampak
Ilmu
yang seni bukannya mudah
Semaklah
dulu benar dan salah
Namun
tak tentu punca dan arah
Di situ banyak jiwa yang parah
BONGAI CANTIK MANIS
Hitamlah
hitam si tampuk manggis,
Hitamlah
hitam si tampuk manggis,
Sayang
kemuning gugur bunganya,
Cantik manis gunung payung
La lak dilalingkan
Sungguhpun
hitam dipandang manis,
Sungguhpun
hitam dipandang manis,
Yang
putih kuning tambah serinya,
Cantik manis gunung payung
La lak dilalingkan
NAZAM RUKUN ISLAM
Allah,Allah
Azawajal tuhan kami Kami
minta ampun akan dosa kami
Segala
puji bagi Allah yang menyuruh
Berdiri
sembahyang atas Islam dengan sungguh
Hai saudara sembahyang itu rukun Islam Fardu ain atas kamu siang malam Agama Islam dipersusun atas lima Mengucap syahdah tanda iman yang pertama
Yang
kedua sembahyang itu tiang agama
Yang
ketiga puasa Ramadan bulan utama
Yang keempat keluar zakat jika sampai
Nisab
harta milik kamu jangan lalai
Yang
kelima naik haji ke Baitullah
Jika ada kuat kuasa wajiblah
Allah,Allah
Azawajal tuhan kami
Kami
minta ampun akan dosa kami
Dengan
Allah kami akhiri nazam ini
Sebab
Dia maka jadi nazam ini
|
Isnin, 10 Disember 2012
PUISI TRADISIONAL MELAYU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saya cadangkan kak lakukan beberapa perkara dalam mempromosi blog ini kepada umum.. mungkin boleh war-warkan kepada murid2 ttg blog ini.. dan juga promosikan melalui facebook dengan copy url..
BalasPadamTerima kasih dengan cadangan uztaz..
BalasPadam